Friday, June 24, 2011

Selepas Isyak...

dibawah buruj malam dia duduk,

matanya memandang jauh ke laut hitam,

yang penghujungnya halimunan

dia diam keseorangan.

manusia berjalan melepasinya,

leka tidak menyedarinya,

dia tidak kisah, kebiasaan... syaitan mula tugasnya lepas isyak

sebagai peronda pantai, menyesatkan anak adam dan hawa...

jadikan mereka kader neraka...lantak merekalah

tak kira agama, mereka telah diamarkan ..

dia tidak endah, mindanya rakus memikir...

sengsara hatinya pabila rindu tidak dijawab.

memoria alkisah lampau hantuinya,

dia perlukan anjakan paradigma minda?

atau rindunya dijawab?

yang terkemudian tampak mustahil...

dia bangun dan pergi,

tiada kesan kehadirannya,

kecuali pasir pantai yang lembap...

No comments:

Post a Comment