Thursday, January 27, 2011

Identiti.

Hari ini memang berani ku kata bahawa ku punya ramai kawan. Sejak juvenil dan sebelumnya, ku bisa bergaul tanpa mengira perbezaan dari hampir semua segi. Ku fikir banyak boleh ku belajar dari minda mereka, dari tindakan positif dan negatif mereka. Ku jadikan teladan dan pengajaran, dan juga sesetengahnya amaran. Ku kenal ramai... pelbagai identiti, seorang satu identiti, ada yang pelbagai identiti dalam satu jasad, ada yang hanya bertopeng... dipakai di luaran, belang sebenarnya disembunyikan.
Ku lihat peribadi mereka... ku sedar, ku tidak punya identiti...
Ku selami diri, ku jumpa ilmu... ku jumpa semangat... ku jumpa impian... ku jumpa kasih ... ku jumpa cinta... ku jumpa kemarahan.. ku jumpa kesedihan.. ku jumpa pelbagai

tapi kini... diluaran... banyak peribadi lenyap... impian lenyap... semangat lenyap... semua lenyap... ku jumpa sisa-sisa cinta... ku jumpa sisa-sisa kasih familial, ku jumpa ilmu... ku jumpa tanggungjawab...

Ku mahu identiti kunoku pulih... ku mahu segalanya kembali..

No comments:

Post a Comment