Tuesday, November 30, 2010

Cuti...

frasa yang seringkali membawa jeritan yay!! dan merdekha!!! apabila sekolah tamat, cuti. Kini di menara gading, situasi tidak begitu berbeza... Cuti sekolahku, dan kini universitiku tidak begitu dilengkapi dengan 'holiday' di luar negara mahupun dalan negara... paling2 pun, melawat stadhuys dan runtuhan gereja St Paul ketika mengambil adik yang belajar di sana... cutiku juga tidak dihabiskan dengan aktiviti lepak dan keluar bersama rakan rakan sehinggalah ku berada di akhir tingkatan 4, sekarang pun sekali sekala sahaja, kurang frekuensinya dengan sahabat sahabatku yang lain. Namun, pada satu tahun, sahaja, Decemberku dihiasi dengan bunga bunga cinta dan kasih.. Itu sudah jadi peristiwa lama... Biasanya cutiku akan dihabiskan bermain permainan komputer, menghabiskan masa, bergaduh, dan beradventur dengan dua adik lelakiku, memasak dengan ibuku, dan menjadi penolong ayahku di kerja, dan pelbagai aktiviti lain yang boleh dikatakan ritual... Dahulu, ku terlalu muda untuk menganalisa, tetapi, sekarang, aku mendapati bahawa keluargaku amat selesa dengan cara hidup begini, sememangnya benar, ayah dan ibuku mahukan kami sebagai anak untuk hidup lebih 'high class' dari sekarang tetapi aku fikir, mungkinkah keselesaan ini dikecapi dengan status yang lebih tinggi? mampukah ketenangan jiwa dan perasaan kesederhanaan yang dirasai sekarang boleh dirasai di kedudukan yang lebih tinggi dalam status sosial? Seperti orang yang berstatus tinggi diletakkan dalam kedudukan sebegini akan bertindak seperti kelawar dalam gua yang tiba-tiba di terangi cahaya terang, mungkinkah aku akan bertindak sebegitu apabila diletakkan di kedudukan 'high class' secara tiba-tiba?

No comments:

Post a Comment